top of page
Search

HPK 3: Melakukan senarai semak penerimaan rumah baru (Individu & Kumpulan)

  • Nasuha Hamsin
  • May 11, 2016
  • 2 min read

TASK 3A (Individu) : Apakah CIS7 2014 atau QLASSIC? Fokus kepada bahagian Annexes (A sehingga E), terutamanya Annex B: Quality Standards for Architectural Works - 200 words.

Quality Assessment System in Construction (QLASSIC) ialah satu sistem atau cara untuk mengukur dan menilai kualiti kerja-kerja pembinaan bangungan berlandaskan "Construction Industry Standard" (CIS 7:2006). QLASSIC membolehkan kualiti mutu kerja dalam projek pembinaan dicapai secara objektif melalui sistem penskoran.

Objektif QLASSIC adalah :

  • Untuk menanda aras kualiti mutu kerja dalam bidang industri pembinaan.

  • Untuk mewujudkan suatu sistem taksiran kualiti standard bagi kualiti mutu kerja pembinaan.

  • Untuk menilai kualiti mutu kerja projek pembinaan berdasarkkan standard yang diluluskan.

  • Untuk digunakan sebagai kriteria bagi menilai prestasi kontraktor berdasarkan kualiti mutu kerja.

  • Untuk menyusun data bagi analisis statistik.

Sumber : http://www.cidb.gov.my/cidbv4/index.php?option=com_content&view=article&layout=edit&id=1142&lang=en

Definisi Annexes A, B, C, D, E.

Annexes terbahagi kepada lima bahagian :

Annexes A (Quality Standards for Structural Works) ialah kualiti mengenai bangunan dari pelbagai sudut seperti keadaan konkrit, simen, saiz besi dan sebagainya.

Annexes B (Quality Standards for Architectural Works) pula ialah mengenai keadaan bangunan sama ada merujuk kepada spesifikasi yang telah ditetapkan oleh senibina. Antara perkara yang dinilai ialah keadaan mozak, cat di bahagian pintu, dinding, atap dan lain-lain. Penilaian ini dilakukan dengan sangat terperinci bagi memastikan keadaan bangunan dalam keadaan baik dan sempurna. Penilaian ini dijalankan selepas suatu projek telah siap sepenuhnya dan telah memperoleh Certificate of Practical Completion (CPC) tetapi belum diserahkan kepada pemilik projek. Bilangan sampel ditentukan berdasarkan kepada Gross Floor Area (GFA) bagi suatu bangunan. Bilangan maksimum dan minimum untuk sampel juga ditetapkan. Senarai semak penuh boleh didapati di link ini : https://www.bca.gov.sg/Professionals/IQUAS/others/ar21.pdf

Annexes C (Quality Standards for M&E Works) ialah berkenaan dengan keadaan bangunan dari segi mekanikal dan elektrik. Penilaian dilakukan bagi memastikan peralatan mekanikal dan elektrik berada dalam keadaan baik seperti tingkap, kipas, lampu, pintu, penghawa dingin dan semua yang berkaitan. Hal ini adalah bagi memastikan keselamatan penduduk terjamin dan peralatan boleh digunakan dengan baik.

Annexes D (Quality Standards for External Works) pula lebih tertumpu kepada hasil kerja yang berada di bahagian luar bangunan seperti kolam, pintu pagar, taman dan sebagainya.

Akhir sekali ialah Annexes E (Defect Groups for Assessment of Architectural Works). Annexes E merujuk kepada keseluruhan bahagian bangunan dan menyemak serta membaik pulih kecacatan yang terdapat pada bangunan.


 
 
 

コメント


Featured Posts
Check back soon
Once posts are published, you’ll see them here.
Recent Posts
Search By Tags
Follow Us
  • Facebook Clean
  • Twitter Clean
  • Instagram Clean
  • White YouTube Icon
  • RSS Clean

© 2023 by DO IT YOURSELF. Proudly created with Wix.com

bottom of page