top of page
Search

TASK 1C : Psikologi Pembeli Rumah

  • Nasuha Hamsin
  • Apr 16, 2016
  • 1 min read

Teori ABC (affective, behavior, cognitive) psikologi dan pembelian rumah.

Berdasarkan syarahan profesor kursus Rumah Dan Anda (RDA), psikologi membawa maksud apa yang manusia selalu rasa ,fikir,lihat dan dengar. Sebagai seorang penjual rumah, kita harus memahami psikologi pembeli. Dalam syarahan ini, Professor Khaider menggunakan cara yang melibatkan unsur-unsur pendengaran, penglihatan serta perasaan mereka iaitu teori ABC.

Sikap boleh didefinisikan sebagai perkembangan idea, peristiwa, objek atau manusia dan ia boleh menjadi dalam bentuk positif mahupun negatif. Melalui psikologi pembelian rumah, sikap setiap pembeli ini melalui tiga komponen yang dikenali sebagai teori ABC. A mewakili ‘Affection’, B mewakili ‘Behavioural’ dan C mewakili ‘Cognitive’. Sikap boleh saja terbentuk melalui satu komponen bahkan lebih.

Secara ringkas setiap pembeli rumah akan melalui komponen C terlebih dahulu iaitu ‘Cognitive’. Cognitive membawa maksud kesedaran atau pengenalan. Sebagai pembeli kita harus mendapatkan maklumat tentang pembelian rumah dari pelbagai segi seperti cara pembelian, jenis rumah dan sebagainya.

Komponen seterusnya ialah Affection. Affection pula membawa maksud keinginan emosi dan perasaan. Sebagai pembeli, setelah kita mendapat maklumat mengenai pembelian rumah pasti akan timbul perasan ingin memiliki rumah idaman sesuai dengan jiwa kita. Oleh itu, pada tahap ini akan timbullah proses pemilihan rumah dengan menggunakan pengetahuan yang telah dikumpul.

Komponen terakhir adalah ‘Behavioural’. Komponen ini bermaksud perbuatan kita sebagai pembeli. Setelah memilih rumah yang sesuai dengan menggunakan pengetahuan yang cukup, kita pasti akan membuat pembelian di mana ini disebut sebagai ‘behaviour’.

Sebagai pembeli kita haruslah memilih dengan tepat kerana proses ini adalah satu proses jangka panjang dan sukar. Oleh itu, buat pilihan sebaik mungkin dengan mengaplikasikan pengetahuan untuk kemudahan kita.


 
 
 

Comments


Featured Posts
Check back soon
Once posts are published, you’ll see them here.
Recent Posts
Search By Tags
Follow Us
  • Facebook Clean
  • Twitter Clean
  • Instagram Clean
  • White YouTube Icon
  • RSS Clean

© 2023 by DO IT YOURSELF. Proudly created with Wix.com

bottom of page