top of page
Search

HPK 2: Memahami hak pembeli dalam mendapat rumah yang bertepatan dengan dokumen Perjanjian Jual &amp

  • Nasuha Hamsin
  • Apr 21, 2016
  • 2 min read

TASK 2A (Individu): PR1MA, SPNB, Rumahku Selangorku - Bincangkan (200 patah perkataan). Apakah kriteria pendaftaran PR1MA?

Kriteria Pendaftaran PR1MA

Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA) ditubuhkan di bawah Akta PR1MA 2012 untuk merancang, membangun, membina dan menawarkan perumahan berkualiti tinggi berkonsepkan gaya hidup moden bagi penduduk bandar berpendapatan sederhana. Kediaman PR1MA yang terletak di dalam kawasan berkomuniti mempunyai pelbagai jenis dan saiz dengan harga antara RM100,000 hingga RM400,000. Kediaman PR1MA ditawarkan kepada semua rakyat Malaysia dengan pendapatan isi rumah purata bulanan antara RM2,500 hingga RM10,000.

Antara kriteria pendaftaran PR1MA ialah :

• Warganegara Malaysia.

• Berumur sekurang-kurangnya 21 tahun semasa permohonan dibuat.

• Individu atau keluarga (suami isteri) dengan pendapatan isi rumah purata bulanan antara RM2,500 – RM10,000.

• Pemohon atau pasangannya tidak memiliki lebih daripada satu hartanah.

• Mengikut garis panduan tambahan yang ditetapkan oleh PR1MA.

Sumber : http://www.pr1ma.my/index.php?lang=bm

Kriteria pendaftaran SPNB (Syarikat Perumahan Negara Berhad)

SPNB ialah sebuah syarikat milik Kementerian Kewangan Diperbadankan (MOF Inc.). Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) ditubuhkan pada 21 Ogos 1997 demi memastikan penyediaan rumah mampu milik berkualiti dan mampan kepada setiap keluarga di Malaysia sejajar dengan Objektif Perumahan Negara.

Produk perumahan SPNB terbahagi kepada tiga bahagian :

1. ASPIRASI ( Syarat Kelayakan )

  • Syarat Kelayakan adalah tertakluk kepada SUK negeri masing-masing. Sila rujuk SUK negeri di mana projek itu dibangunkan.

  • Bagi pembelian perumahan bercampur yang dibangunkan oleh ASPIRASI ianya adalah tertakluk kepada kelayakan individu dan juga institusi kewangan.

2. IDAMAN ( Syarat Kelayakan )

  • Berumur 21 tahun dan ke atas.

  • Pendapatan tidak melebihi RM 7500 bagi individu.

  • Pendapatan tidak melebihi RM 10,000 bagi seisi rumah.

  • Keutamaan diberi kepada warga OKU dan Ibu tunggal.

3. MESRA ( Syarat Kelayakan )

  • Warganegara Malaysia.

  • Berumur 18 tahun dan keatas.

  • Mempunyai tanah sendiri atau merupakan salah seorang pemilik tanah.

  • Mempunyai keluasan tanah minima 3750 kps atau 50' x 75'.

  • Berkelayakan mendapatkan pinjaman bank, lain-lain institusi kewangan atau melalui bayaran tunai untuk pembiayaan kos pembinaan

Sumber : http://www.spnb.com.my/

Kriteria Pendaftaran Rumah Selangorku

Dasar Perumahan Negeri Selangor yang utama adalah untuk merealisasikan matlamat 'Satu Keluarga Satu Kediaman Yang Sempurna'. Ini adalah bagi memastikan setiap rakyat atau keluarga mempunyai tempat tinggal yang baik, selesa dan selamat untuk didiami. Kerajaan Negeri telah memperkenalkan satu konsep perumahan yang baru iaitu Perumahan Mampu Milik atau "Affordable Homes" yang memberi lebih keselesaan sama ada dari segi saiz, reka bentuk mahupun komunitinya. Kini Rumah Kos Rendah, Rumah Kos Sederhana Rendah, Rumah Kos Sederhana dan Rumah Mampu milik dikenali sebagai Rumah Selangorku.

Terdapat dua jenis kelayakan pendaftaran Rumah Selangorku :

1. Jenis A ( Syarat Kelayakan )

  • Warganegara Malaysia dan berumur 18 tahun ke atas.

  • Bermastautin di negeri Selangor.

  • Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM 3000.00 sebulan.

  • Satu keluarga satu permohonan sahaja.

  • Pemohon atau suami/isteri pemohon belum memiliki rumah sama ada melalui projek kerajaan atau swasta.

  • Pindah milik hanya dibenarkan selepas 5 tahun.

2. Jenis B, C, D ( Syarat Kelayakan )

  • Warganegara Malaysia dan berumur 18 tahu ke atas.

  • Pendaftaran isi rumah di antaraRM 3001.00 hingga RM 8000.00 sebulan

  • Pemohon (suami/isteri) tidak mempunyai sebarang jenis rumah kediaman di Selangor.

  • Pemohon bujang yang mempunyai tanggungan keluarga boleh memohon.

  • Pembelian rumah adalah untuk didiami bukan disewa.

  • Pindah milik hanya dibenarkan selepas 5 tahun.

Sumber : http://lphs.selangor.gov.my/index.php/pages/view/55


 
 
 

Kommentit


Featured Posts
Check back soon
Once posts are published, you’ll see them here.
Recent Posts
Search By Tags
Follow Us
  • Facebook Clean
  • Twitter Clean
  • Instagram Clean
  • White YouTube Icon
  • RSS Clean

© 2023 by DO IT YOURSELF. Proudly created with Wix.com

bottom of page