top of page
Search

HPK 1: Mendalami industri perumahan negara & aspek psikologi pembeli rumah

  • Nasuha Hamsin
  • Feb 29, 2016
  • 2 min read

Merujuk kepada kamus dewan bahasa dan pustaka rumah bererti binaan sebagai tempat tinggal dan perlindungan. Memandangkan penduduk bumi semakin meningkat, maka semakin banyaklah binaan berupa pelbagai bentuk untuk memenuhi keperluan manusia.

Respon saya terhadap soalan ini adalah :

1(A) : Apabila sudah tamat belajar di UKM, saya nak beli rumah ke ATAU nak sewa rumah dulu? (200 words)

Sebagai seorang bakal graduan, suatu perancangan hidup yang tersusun perlulah dirangka bagi membolehkan kita bersiap sedia untuk menghadapi cabaran dunia luar tidak kira dari segi pekerjaan mahupun keperluan hidup dan tempat tinggal.

Apabila saya sudah tamat belajar di UKM, saya akan terus membuat pembelian rumah sebaik sahaja saya mempunyai pekerjaan tetap meskipun terdapat pelbagai faedah dan keburukan yang mungkin akan dialami oleh saya. Hal ini kerana, seperti yang kita sudah sedia maklum, semakin hari harga sebuah rumah atau tanah di Malaysia semakin meningkat. Oleh itu, membuat pembelian rumah pada awal waktu dapat membolehkan kita memperoleh rumah dalam harga mampu milik.

Selain itu, tujuan saya membuat pembelian rumah adalah untuk mendidik diri saya agar tidak boros dalam membelanjakan wang. Saya juga dapat mempelajari cara menguruskan wang dengan bijak dan berhemah.

Bukan itu sahaja, melalui pembacaan saya, apabila umur kita semakin meningkat tempoh pinjaman menjadi semakin pendek dan ini akan menyebabkan kadar ansuran bulanan meningkat sehingga kita terpaksa membayar dalam jumlah yang banyak.

Akhir sekali, sekiranya saya membuat pembelian rumah atau tanah lebih awal sudah pasti saya mempunyai rumah sendiri untuk diwariskan. Saya juga akan mempunyai aset yang stabil dan terlindung daripada inflasi.

Kesimpulannya, kita haruslah bijak merancang dan meneliti akan kebaikan dan keburukan yang akan kita hadapi kelak.

1(B) : Yang mana satu pilihan anda, rumah bertanah (teres, semi-D, etc) ATAU rumah berstrata/bertingkat (apartment, kondominium, etc)? (200 words)

Secara jujurnya, saya lebih selesa untuk membeli rumah bertanah sebagai kediaman saya. Hal ini kerana, kawasannya lebih luas berbanding rumah berstrata. Sekiranya kelak saya ingin membina sebuah keluarga yang besar rumah bertanah adalah rumah kediaman yang cukup sesuai. Pelbagai ruang yang besar di dalam rumah akan dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan sesama ahli keluarga. Tambahan pula, saya sangat suka pada tumbuhan dan bercadang untuk mempelajari ilmu botani maka ruang taman yang luas juga akan dapat saya gunakan sebagai kawasan tanaman.

Di samping itu, pada pendapat saya, rumah bertanah juga lebih selamat berbanding dengan rumah berstrata terutama bagi pihak atau tetamu yang takut akan ketinggian. Anak-anak kecil juga lebih terjaga dan ibu bapa tidak perlu risau tentang kemalangan anak-anak jatuh dari bangunan yang tinggi. Secara peribadi, rumah bertanah memudahkan ahli keluarga saya yang sudah tua untuk mengunjungi rumah saya kelak. Bukan itu sahaja, rumah bertanah atau teres dilengkapi dengan pagar dan ini sedikit sebanyak dapat membantu mengelakkan daripada perkara yang tidak diingini berlaku seperti pecah rumah dan sebagainya.

Dari segi kebersihan pula, saya mendapat tahu bahawa, bagi pemilik rumah apartmen dan sebagainya, mereka terpaksa mengangkut sampah harian baik basah mahupun kering turun dari tangga berbeza dengan keadaan rumah bertanah di mana setiap premis disediakan dengan tong sampah mudah alih di luar rumah.

Rumah bertanah sememangnya sesuai untuk dijadikan sebagai kediaman bagi menghadapi persaraan kelak. Bertindak bijak dalam membuat pilihan kerana kebiasaannya pembelian rumah hanya akan berlaku dua hingga tiga kali sahaja seumur hidup.

 
 
 

Comments


Featured Posts
Check back soon
Once posts are published, you’ll see them here.
Recent Posts
Search By Tags
Follow Us
  • Facebook Clean
  • Twitter Clean
  • Instagram Clean
  • White YouTube Icon
  • RSS Clean

© 2023 by DO IT YOURSELF. Proudly created with Wix.com

bottom of page